Isteri Separuh Masa Episode 12 Dailymotion
Bab 11 Tajam seperti pisau yang baru diasah. Begitulah renungan yang Abang Nazrin berikan dari tadi kepadaku. Tidak berkelip matanya memandang ke sini. Aku yang sedang duduk di antara mama dan nenek pula hanya mampu berlagak selamba walaupun hatiku tertanya-tanya juga kenapa dia memandangku begitu. Mananca Roaga-te Iubeste Subtitrat Hd there. Kedudukan gaun labuh yang melekat di badan kubetulkan sedikit.
Isteri separuh masa episode 12 dailymotion. 6/21/2017 easy watch and play all videos movie trailer and full movie in hd online. Isteri separuh masa episod 12.
Entah baju siapalah yang aku pakai ni. Muat pulak tu! Cuma, labuh sedikit sahaja. Aku mencuri pandang ke arah lelaki yang berbaju t-shirt hitam itu sekali lagi.
Memang benar tekaanku, matanya tidak habis-habis diarahkan ke sini. Rasanya dia telah mencipta rekod bagi acara merenungku tanpa berkelip untuk masa yang paling lama. Mataku yang bertaut dengan mata lelaki itu kemudiannya kualihkan apabila dia kelihatan seperti marah benar denganku. Mama, papa, dan nenek pula asyik sangat bercerita itu dan ini.
Pasti mereka tidak nampak perubahan pada wajah si bapak singa itu. Aduh, kenapalah aku lembab sangat!
Entah-entah kerana baju yang melekat di badanku ini yang membuatkan dia memberikan reaksi yang sebegitu.Tapi, apa lagi pilihan yang aku ada? Lagipun, salahnya juga kerana menyuruhku menyelesaikan sendiri masalah yang aku hadapi tadi. “Wani.” Tersentak seketika apabila tangan mama menampar lembut bahuku. Aku terus menghalakan pandangan ke arahnya. Wanita yang cantik di dalam blaus merah yang mewah dengan hiasan labuci itu hanya mampu menggelengkan kepala sambil tersenyum.
“Ye.ye mama!” Jawabku sambil memaksa diri untuk tersenyum. “Alahai. Sims 2 Nightlife Iso Pc. dah sampai ke bulan ke? Mengelamun pulak anak mama ni. Tu, soalan nenek Wani belum jawab lagi.” Mama memuncungkan mulut ke arah nenek. Alamak, mesti aku tak perasaan ada soalan yang ditujukan kepadaku tadi.
Ah, ini semua bapak singa itulah yang punya fasal! Tengok aku macam nak baham! “Soalan apa nek?” Soalku sambil tersenyum ke arah nenek. Nenek menghirup sedikit air teh sebelum bersuara. “Ehem.nenek nak tanya, kamu dah rancang ke bila nak ada anak?” Memang aku tidak menyangka nenek akan bertanyakan seoalan itu. Otakku tidak dapat berfungsi untuk mereka jawapan saat ini kerana terlalu terkejut dengan soalan yang keluar dari mulut nenek. “Tak boleh nek!
At least not before Wani habis belajar.” Abang Nazrin terus menjawab soalan nenek bagi pihakku dengan pantas. Nafas lega kuhela dengan perlahan-lahan. Nasib baik lelaki itu pandai mencari alasan.
“Betul nek.Wani dan Abang Nazrin dah bincang tentang hal ni dulu.” Aku pula terus menyokong jawapan yang diberikan lelaki itu tadi. Nenek kulihat menganggukkan kepalanya sedikit.
Ada riak kecewa dapat kukesan pada wajah wanita itu. “Kalau boleh, nenek nak timang cicit secepat mungkin. Tapi, apabila memikirkan situasi Wani, nenek setuju dengan keputusan yang kamu berdua buat.” Dah pulak! Dulu beriya-iya mereka mahu kami berkahwin. Sekarang, dah timbul soal anak pulak.
Borland Delphi 5 Full Download. Sesungguhnya, aku tidak pernah terfikir langsung tentang perkataan itu. Anak aku dan Abang Nazrin?
Lupakan sajalah! “ Kamu tumpukan dulu perhatian pada pelajaran. Tak lama lagi aje kan nak habis belajar?” Soalan nenek kusambut dengan anggukan. “Ye nek.dah tahun akhir dah ni.” Jawabku perlahan.
“Bagus, tak lama nenek perlu tunggu untuk menimang cicit.” Ujar wanita itu dengan gembira. Terasa seperti ada batu besar yang menghempap kepalaku saat ini. “Papa dan mama pun dah tak sabar nak main dengan cucu ni.” Kata papa pula. Aku hanya mampu tersenyum sahaja. Begitu juga dengan Abang Nazrin. Sudah tidak tahu lagi untuk memberikan reaksi yang bagaimana saat ini. Beban yang ditanggung semakin berat kurasakan.
Sepatutnya, dah lama kami berterus-terang dengan mereka semua yang kami akan bercerai tidak lama lagi. Biar semuanya jelas. Tapi, bagaimana pula dengan keadaan kesihatan nenek nanti?
Itulah satu-satunya perkara yang menghalang kami untuk berbuat demikian. Abang Nazrin pastinya sudah menyediakan sebab-musabab kenapa dia ingin menceraikanku ketika berhujah di hadapan semua orang nanti. Aku pula, sudah berjanji lama dulu, yang aku akan bersetuju sahaja dengan tindakannya itu. Aku benar-benar tidak mahu semua orang berharap apa-apa lagi dari kami. “Papa, berapa hari papa, mama dan nenek bercadang nak tinggal di sini?” Tiba-tiba sahaja Abang Nazrin bertanya soalan itu kepada papa.
Aku tahu Abang Nazrin juga sepertiku, sudah semakin tidak selesa dengan situasi sekarang. Dia kelihatan cuba untuk mengubah topik perbualan.
“Mungkin seminggu lagi.” Aku terus memandang ke arah papa. “Seminggu?!” Terjerit kecil aku dan Abang Nazrin. Lama lagilah aku harus tinggal di sini nampaknya. Nasib, nasib! “Kenapa korang terkejut ni? Tak suka ke kami tinggal lama-lama kat sini?” Papa nampaknya kurang senang melihat reaksi kami. Kaca mata di wajahnya ditanggalkan sambil merenung ke arah Abang Nazrin.